click here

Tiada Kematian Baru - Utusan

BUKIT MERTAJAM 21 Ogos - Tiada laporan kematian baru membabitkan jangkitan Influenza A (H1N1) direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 9.30 pagi hari ini.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak 380 kes baru dicatatkan dalam tempoh itu dan menjadikan jumlah keseluruhan kes virus tersebut di negara ini kini mencecah 5,876.

Daripada jumlah tersebut, katanya, seramai 1,556 pesakit masih dirawat di 98 buah hospital di seluruh negara.

''Daripada jumlah mereka yang kini menerima rawatan di hospital, hanya 220 daripadanya disahkan positif dijangkiti virus H1N1 manakala 44 orang sahaja yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Pencegahan Penularan Influenza A (H1N1) di Klinik Desa Bukit Indra Muda, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu adalah timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Teh Lei Choo.

Pada majlis itu, Tiong Lai turut merasmikan pelepasan konvoi Jabatan Kesihatan Negeri bagi menandakan bermulanya kempen pencegahan tersebut dengan mengedarkan poster dan risalah mengenai langkah-langkah pencegahan penularan virus berkenaan.

Beliau turut menyampaikan bantuan makanan untuk kanak-kanak kurang berat badan dari sekitar kawasan Bukit Indra Muda.

Dalam pada itu, Tiong Lai juga meminta orang ramai terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh kementerian dengan sentiasa memakai penutup mulut dan hidung selain meningkatkan tahap kebersihan diri.

Tambahnya, mereka yang mempunyai tanda-tanda dijangkiti pula dinasihat mendapatkan rawatan dengan segera terutama bagi kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat wabak berkenaan.

''Saya juga mahu memberi nasihat kepada orang ramai supaya menggunakan bahan pencuci tangan untuk membersihkan tangan dan mengunakan penutup mulut dan hidung semasa berada di kawasan sesak bagi mengelakkan penularan virus H1N1 itu.

''Walaupun, hanya terdapat 0.1 hingga 0.4 peratus kematian, kita mesti menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan sebarang jangkitan,'' tegasnya.

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my
_____________________________________________________________________________________
Ulasan Saya..

Buat mase nie mmg xde kematian, tapi penularan masih berlaku..
jadi sy sarankan, sume keluar ke tempat2 awam, pakai la topeng..
same2 lah kte menghalang penularan nie.. suka tak?

0 Response to "Tiada Kematian Baru - Utusan"

Pages